Pendaftaran Pelanggan

 
 
Terma dan Syarat Pendaftaran Ahli
   
1.
Akses & Penggunaan Akses anda kepada Sistem Tempahan E-Dewan adalah tertakluk kepada penerimaan dan pematuhan oleh anda terhadap terma, syarat, notis dan penafian yang terkandung dalam dokumen ini . Dengan menggunakan Akses yang anda ingin daftarkan , maka anda bersetuju untuk terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat ini
   
2.
Untuk mendaftar sebagai ahli , anda mesti berusia lebih daripada lapan belas (18) tahun. Anda mesti memastikan bahawa butir-butir yang diberikan oleh anda semasa mendaftar atau pada bila-bila masa adalah betul dan lengkap. Anda mesti memaklumkan kami dengan serta-merta tentang sebarang perubahan pada maklumat yang anda berikan semasa mendaftar dengan mengemaskinikan butir-butir peribadi anda.
   
3.
Pihak MPS mengumpul butir-butir yang diberikan oleh anda semasa mendaftar bersama-sama dengan maklumat yang kami ketahui tentang anda daripada penggunaan perkhidmatan kami oleh anda .

Dengan menggunakan perkhidmatan E-Dewan kami , anda dengan nyata menerima dan memberikan kebenaran tidak bersyarat anda bahawa kami boleh menggunakan apa-apa maklumat dan/atau mendedahkan maklumat tentang demografi anda dalam apa-apa cara yang tidak mendedahkan identiti anda bagi tujuan pemasaran, promosi, perkembangan strategik, penyelidikan dan khidmat pelanggan.
   

 
 
Saya bersetuju dengan terma dan syarat yang dikemukakan